saat bila diri merasakan kekosongan dalam jiwa
hidup aku penuh dengan kepentingan dunia
hari-hariku aku penuhi dengan menyiapkan tugasan semata-mata
namun dalam masa yang sama aku merungut tidak terkata
aku merasa kurangnya masa untuk menyiapkannya
sering kali meminta penangguhan dengan pensyarahku.
tika itu, aku beruntung kerana mereka memahami
tapi bila aku selak kembali apa yang telah aku lakukan
ternyata diriku semakin jauh
dengan tiadanya pengisian jiwa
aku merasa diriku semakin hina
tugasan itu lebih bermakna
A di mata dunia lebih berharga
sehingga aku terleka seketika
aku hanya mengejar dunia
aku hanya memikirkan kerjaya
tiba saat tugasanku selesai semuanya
aku bersyukur kepada yang Esa
tapi aku lupa untuk sentiasa bersyukur
saat Dia memberiku nikmat keinsafan
kerana Dia telah mengaturkan percaturan ini dalam hidupku
ya Allah ampunilah hamba-Mu ini.
semoga Engkau redha dengan segala yang aku lakukan
Amin ya Rabb
mabruk.!!
ReplyDeletesame with me...
ReplyDeleteterkadang leka dengan dunia...
doakan kmk juga..]
insyaAllah pakcik. anak pakcik sht?
Delete